Wednesday 3 April 2013

CONTOH KARANGAN DIALOG


Andaikan anda kehilangan sebuah basikal. Anda telah melaporkan kejadian itu di balai polis. Tulis dialog antara anda dengan pegawai polis yang bertugas.Rangka karanganPendahuluan
Mengucapkan selamat pagiIsi-isi
Memberitahu pegawai polis bahawa hendak melaporkan kehilangan basikal
Hilang di rumah – dicuri orang
Tidak mengesyaki sesiapa
Basikal jenis Shimano – warna biru
Menyatakan nombor basikal seperti yang terdapat pada resit belian
Basikal itu hadiah hari jadi daripada ayahPenutup
Mengucapkan terima kasihJawapan contohPada suatu pagi, saya mendapati basikal saya sudah hilang. Saya telah pergi ke balai polis untuk melaporkan kehilangan basikal itu. Berikut antara saya dengan pegawai polis yang bertugas.Zaidi Selamat pagi, encik.Pegawai Polis Selamat pagi. Silalah duduk.Zaidi Saya nak melaporkan kehilangan basikal saya.Pegawai Polis Sebelum saya mengambil keterangan kamu, sila berikan maklumat diri kamu.Zaidi Nama saya Zaidi. Umur saya 15 tahun dan nombor kad pengenalan saya ialah 870110-01-6061. Alamatrumah saya ialah 17, Jalan Anak Gasing, 14200Sungai Bakap. Nombor telefon 5824476.Pegawai Polis Bila basikal itu hilang?Zaidi Pagi tadi. Macam biasa saya mengunci dan meletakkan basikal saya di luar rumah semalam. Apabila saya hendak ke sekolah pada pagi ini, basikal itu telah tiada. Dicuri orangagaknya.Pegawai Polis Ada sesiapa yang kamu syaki?Zaidi Tak ada; encik. Kita boleh menuduh tanpa ada bukti.Pegawai Polis Betul kata kamu itu. Basikal itu jenis apa? Apa warnanya?Zaidi Jenis Shimano dan berwarna biru.Pegawai Polis Ada kamu ingat nombor basikal itu?Zaidi Maksud encik nombor yang dicap pada badan basikal itu?Pegawai Polis Ya, itulah nombor basikal itu.Zaidi Ini resit pembelian basikal itu. Nombor basikal itu terteraPada resit itu.Pegawai Polis (Pegawai polis meneliti resit itu) Nampaknya basikal ini baruDibeli tiga bulan yang lalu.Zaidi Memang betul kata encik. Basikal itu hadiah daripada ayahSaya pada hari lahir saya yang ke-16 baru-baru ini.Pegawai Polis Kamu baliklah dahulu. Kami akan menyiasat perkara ini.Zaidi Terima kasih.Pegawai Polis Sama-sama.Selepas membuat laporan polis, saya pulang ke rumah. Saya berharap pihak polisakan dapat mengesan basikal saya itu. 

No comments:

Post a Comment