Tuesday 9 April 2013

kata kerja


Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau).

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Kata kerja transitif

Rencana utama: Kata kerja transitif
Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut (objek). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

[sunting]Kata kerja tak transitif

Rencana utama: Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

[sunting]Aspek pengimbuhan kata kerja

Seperti dengan kata nama, kata kerja juga melalui proses pengimbuhan kerana proses pengimbuhan amat produktif dalam proses pembentukan kata kerja bahasa Melayu.

[sunting]Imbuhan kata kerja

Terdapat empat imbuhan yang membentuk kata kerja, iaitu:
awalan kata kerjaakhiran kata kerjaapitan kata kerjasisipan kata kerja
meN-
beR-
teR-
di-
mempeR-
dipeR-
-kan
-i
meN-...-kan
beR-...-kan
beR-...-an
di-...-kan
meN-...-i
di-...-i
mempeR-...-kan
mempeR-...-i
ke-...-an
dipeR-...-kan
dipeR-...-i
tiada

[sunting]Lihat juga

Wednesday 3 April 2013

CONTOH KARANGAN DIALOG


Andaikan anda kehilangan sebuah basikal. Anda telah melaporkan kejadian itu di balai polis. Tulis dialog antara anda dengan pegawai polis yang bertugas.Rangka karanganPendahuluan
Mengucapkan selamat pagiIsi-isi
Memberitahu pegawai polis bahawa hendak melaporkan kehilangan basikal
Hilang di rumah – dicuri orang
Tidak mengesyaki sesiapa
Basikal jenis Shimano – warna biru
Menyatakan nombor basikal seperti yang terdapat pada resit belian
Basikal itu hadiah hari jadi daripada ayahPenutup
Mengucapkan terima kasihJawapan contohPada suatu pagi, saya mendapati basikal saya sudah hilang. Saya telah pergi ke balai polis untuk melaporkan kehilangan basikal itu. Berikut antara saya dengan pegawai polis yang bertugas.Zaidi Selamat pagi, encik.Pegawai Polis Selamat pagi. Silalah duduk.Zaidi Saya nak melaporkan kehilangan basikal saya.Pegawai Polis Sebelum saya mengambil keterangan kamu, sila berikan maklumat diri kamu.Zaidi Nama saya Zaidi. Umur saya 15 tahun dan nombor kad pengenalan saya ialah 870110-01-6061. Alamatrumah saya ialah 17, Jalan Anak Gasing, 14200Sungai Bakap. Nombor telefon 5824476.Pegawai Polis Bila basikal itu hilang?Zaidi Pagi tadi. Macam biasa saya mengunci dan meletakkan basikal saya di luar rumah semalam. Apabila saya hendak ke sekolah pada pagi ini, basikal itu telah tiada. Dicuri orangagaknya.Pegawai Polis Ada sesiapa yang kamu syaki?Zaidi Tak ada; encik. Kita boleh menuduh tanpa ada bukti.Pegawai Polis Betul kata kamu itu. Basikal itu jenis apa? Apa warnanya?Zaidi Jenis Shimano dan berwarna biru.Pegawai Polis Ada kamu ingat nombor basikal itu?Zaidi Maksud encik nombor yang dicap pada badan basikal itu?Pegawai Polis Ya, itulah nombor basikal itu.Zaidi Ini resit pembelian basikal itu. Nombor basikal itu terteraPada resit itu.Pegawai Polis (Pegawai polis meneliti resit itu) Nampaknya basikal ini baruDibeli tiga bulan yang lalu.Zaidi Memang betul kata encik. Basikal itu hadiah daripada ayahSaya pada hari lahir saya yang ke-16 baru-baru ini.Pegawai Polis Kamu baliklah dahulu. Kami akan menyiasat perkara ini.Zaidi Terima kasih.Pegawai Polis Sama-sama.Selepas membuat laporan polis, saya pulang ke rumah. Saya berharap pihak polisakan dapat mengesan basikal saya itu. 

TATABAHASA


Tatabahasa : Kata Nama Am dan Khas 

Kata Nama

1.
Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang, benda, tempat dan sebagainya.
2.
Kata nama terbahagi kepada:

a.
kata nama am

b.
kata nama khas

c.
kata ganti nama


Kata Nama AmMenyatakan manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya.

·
·
ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu
Contoh:
doktor , kucing , sabit , kota , rumput dan lain-lain lagi


Kata Nama Khas
Merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama tempat, nama bandar, nama negeri, nama judul buku.

  ·
ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.

 ·
Contoh: Ruzila , Tompok , Petaling Jaya , Sabah , Bandar  Baru Uda , Rentung

CONTOH RPH BAHASA MELAYU TAHUN 4


RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 4

MINGGU/
TEMA/TAJUK
OBJEKTIF
HASIL PEMBELAJARAN
HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN
SISTEM BAHASA / PENGISIAN KURIKULUM
IMPAK

MINGGU
1


TEMA:
UNIT 1
Keluargaku Sayang


TAJUK:
Keluarga Bahagia


PENULISAN:
Dialog

Pada akhir unit ini murid dapat:

1.           1.   berbual tentang sesuatu
  perkara yang dialami, 
dilihat  atau dibaca.
2.  membaca lancar bahan
sastera dan bukan
sastera dengan intonasi
yang betul.
3.  menggunakan kata  panggilan dan kata ganti nama diri yang.sesuai mengikut  situasi dalam perbualan.
4.  menulis perkataan dan  pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.
5.  menyatakan teguran dan menerima teguran secara terbuka dalam perbualan.






1.1    Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata-kata ungkapan , ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.



Aras 1 ( i )
Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca.

Aras 2 ( i )
Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

Tatabahasa
- Kata nama
- Kata hubung
- Kata Tanya
- Kata pembenar
- Kata naïf
- Kata panggilan
- Ayat penyata
- Ayat tunggal
- Ayat perintah
- Ayat majmuk

Pengisian Kurikulum
i.  Ilmu
    -     Pendidikan Moral

ii. NIlai Murni
a.       Bersemangat kekitaan
- bekerjasama dan tolong-
  menolong
- hormat-menghormati

iii. KBT
Kemahiran Berfikir
- menjana idea
- mengkategori
     b.    Kecedasan pelbagai
            muzik/ interpersonal
     c.    Kontekstual
            -mengaitkan pengalaman
              sedia ada
            -hidup bekeluarga







5.2    Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.


Aras 1 ( i )
Membaca lancer bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang betul


8.1    Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1 ( i )
Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.


MINGGU/
TEMA/TAJUK
OBJEKTIF
HASIL PEMBELAJARAN
HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN
SISTEM BAHASA / PENGISIAN KURIKULUM
IMPAK

MINGGU
2

TEMA:
UNIT 1
Keluargaku Sayang


TAJUK:
Hargai Pengorbanan Ibu Bapa



PENULISAN:
Keperihalan
Pada akhir unut ini murid dapat:

1.  membaca perkataan ,frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat  majmuk dengan intonasi yang betul
2.  menerangkan makna
      perkataan, simpulan
      bahasa, frasa dan ayat.
3.   membaca pelbagai jenis ayat dengan intonasi yang  betul.
4.  membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi  yang betul.
5.  menceritakan isi bahan yang
     dibaca serta menyatakan
     gambaran umum    tentang
     sesuatu teks  yang dibaca
6.  menulis perkataan dan  pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.
7.  menyatakan format pelbagai
     genre.
8.  mengenal pasti kata, frasa,
     peribahasa, dan ayat yang
     digunakan dalam sesuatu
     genre dengan merujuki kamus.


5.1    Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan  dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.











Aras 1 ( i )
Membaca perkataan ,frasa dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan  dan intonasi yang betul.

Aras 1 ( ii )
Menerangkan makna perkataan, frasa dan ayat.

Aras 2 ( i )
Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

Tatabahasa
- Kata nama
- Kata hubung
- Kata Tanya
- Kata pembenar
- Kata naïf
- Kata panggilan
- Ayat penyata
- Ayat tunggal
- Ayat perintah
- Ayat majmuk

Pengisian Kurikulum
i.  Ilmu
    -     Pendidikan Moral

ii. NIlai Murni
b.       Bersemangat kekitaan
- bekerjasama dan tolong-
  menolong
- hormat-menghormati

iii. KBT
Kemahiran Berfikir
- menjana idea
- mengkategori
     b.    Kecedasan pelbagai
            muzik/ interpersonal
     c.    Kontekstual
            -mengaitkan pengalaman
              sedia ada
            -hidup bekeluarga



5.2    Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.


Aras 1 ( i )
Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang betul

Aras 1 ( i )
Menceritakan isi bahan yang dibaca.


6.2    Mengenal pasti pelbagai genre penulisan








Aras 1 ( i )
Mengecam dan mengenal pasti format pelbagai genre.

Aras 2 ( i )
Mengenal pasti kata,, frasa, peribahasa dan ayat yang biasa digunakan dalam sesuatu genre.

6.4    Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.
Aras 1 ( i )
Menyatakan gambaran umum tentang sesuatu teks yang dibaca.